satusabah

TAWAU : Remaja Wanita Larikan Diri Dari Lokap Ditangkap Semula

Dua remaja wanita yang dipercayai melarikan diri daripada lokap di Balai Polis Daerah Tawau (IPD) berjaya ditangkap semula di Kampung Simp...

Dua remaja wanita yang dipercayai melarikan diri daripada lokap di Balai Polis Daerah Tawau (IPD) berjaya ditangkap semula di Kampung Simpang 3, Titingan di sini.

Portal Berita Satu Sabah
Kedua-dua remaja wanita berkenaan yang berumur 18 tahun itu adalah tahanan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana seorang telah ditahan sejak 25 September lepas dan seorang lagi sejak 1 November lepas.

Menurut sumber, kedua-duanya telah melarikan diri dari lokap wanita pada 23 November kira-kira jam 7.45 petang semasa anggota yang juga pengadu membawa lebihan makanan dibekalkan oleh pembekal makanan ke kaunter pertanyaan.

Selepas pengadu kembali ke lokap wanita telah mendapati penutup longkang dalam koridor luar sel telah dialihkan dari tempat asal dan pemeriksaan di dalam lokap mendapati dua tahanan telah tiada dan dipercayai melarikan diri.

Siasatan lanjut mendapati, kunci mangga grill lokap dalam dan pintu grill lokap tidak ditekan habis dengan kedua-dua suspek menyedarinya dan terus mengambil peluang keluar semasa pengadu tiada di kawasan lokap.

Kedua-dua suspek kemudian bertindak menyusup keluar melalui parit bahagian koridor lokap lalu mengalihkan penutup parit jenis batu simen dan seterusnya keluar melalui pintu hadapan tanpa disedari anggota yang bertugas.

Kedua-duanya kemudian telah mengambil teksi dan terus menuju ke Kampung Titingan Tawau dengan polis berjaya menahan mereka hasil maklumat pada hari sama kira-kira jam 8.20 malam.

Ketua Polis Daerah, ACP Awang Besar Dullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
BAKAT BARU ANAK SABAH


Loading...

Related

semasa Sabah 5123526204570724011

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item