satusabah

Warga Emas Maut di Jalan Sulaman, Pihak Polis Cuba Kesan Perodua Viva

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan warga emas terbunuh apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan disyaki akibat bergesel den...

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan warga emas terbunuh apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan disyaki akibat bergesel dengan sebuah kereta jenis Perodua Viva, sebelum dirempuh oleh sebuah kenderaan van dalam satu kejadian kemalangan maut di Jalan UMS – Sulaman, di sini hari ini.

Portal Berita Satu Sabah
Pegawai penyiasat Polis Trafik, Insp. Jenuwel Yasap yang mengesahkan kejadian itu berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu melibatkan tiga buah kenderaan termasuk motosikal mangsa.

“Kereta jenis Perodua Viva dan motorsikal itu berada di lorong kiri yang sama dan polis percaya kedua-dua kenderaan terbabit telah bergesel dan menyebabkan mangsa hilang kawalan ke lorong kanan sebelum sebuah van yang datang dari arah lorong kanan tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Tulis bin Kulai berusia 55 tahun dan beralamat di Kampung Contoh Suang Parai, Karambunai maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan yang lain.

Pemandu van terbabit seorang lelaki berumur 30 tahun dan berbangsa Dusun telah membuat laporan polis. Bagaimanapun, pihak polis masih  cuba mengesan pemandu Perodua Viva terlibat kerana gagal membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Waris mangsa telah dimaklumkan oleh polis mengenai kejadian malang itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan cuai atau merbahaya sehingga menyebabkan kematian. Sayang Sabah

Loading...

Related

Warga Emas 8218041557538137498

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item