satusabah

AFF SUZUKI 2014 : TERKINI SEPARUH AKHIR PERTAMA THAILAND, FILIFINA SERI

PETALING JAYA: Filipina dan Thailand terikat 0-0 pada perlawanan separuh akhir pertama, kejohanan bola sepak Piala AFF Suzuki di Stadium M...

PETALING JAYA: Filipina dan Thailand terikat 0-0 pada perlawanan separuh akhir pertama, kejohanan bola sepak Piala AFF Suzuki di Stadium Memorial Rizal, Manila, malam Sabtu.

PORTAL BERITA SATU SABAH
Pasukan tuan rumah mempamerkan persembahan bertenaga di hadapan puluhan ribu penyokong mereka tetapi gagal menembusi gawang lawan yang kental.

Filipina juga gagal memanfaatkan peluang untuk mencari gol ketika beraksi di laman sendiri apabila Thailand terpaksa bermain dengan bekalan 10 pemain.

Ini kerana pasukan pelawat kehilangan pemain tonggak, Adisak Kraisorn pada minit ke-68 selepas dilayangkan kad merah.

Kedua-dua pasukan akan bertemu lagi dalam perlawanan kedua di Stadium Raja Mangala, Bangkok pada 10 Disember ini.

Pemenang perlawanan ini akan menentang sama ada Malaysia atau pun Vietnam dalam final pada 17 Disember nanti.

CANONNIKON APA PILIHAN KAMU?


Loading...

Related

Thailand 6040158473304467394

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item