satusabah

CHELSEA TUMBANG, REKOD TANPA KALAH LEBUR

NEWCASTLE: Rekod tanpa kalah pasukan Chelsea dalam 23 perlawanan akhirnya lebur apabila mereka tewas di tangan New Castle, 2 -1 dalam perl...

NEWCASTLE: Rekod tanpa kalah pasukan Chelsea dalam 23 perlawanan akhirnya lebur apabila mereka tewas di tangan New Castle, 2 -1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Stadium St James Park pada malam Sabtu. 

PORTAL SATUSABAH
New  Castle meraih kemenangan mutlak apabila Papiss Cisse menjaringkan gol pada minit ke-57 dan 79 membuatkan pasukan The Blues dan Jose Mourinho menggigit jari. 

Gol tunggal pelawat dijaringkan penyerang veteran, Didier Drogba hasil sepakan percuma yang baik daripada Cecs Fabregas pada minit ke-83 namun usaha itu dianggap sudah terlewat.

New Castle juga terpaksa bermain dengan bekalan 10 pemain selepas pemain pertahanan mereka, Steven Taylor dibuang padang pada minit ke-81 gara-gara mengutip kad kuning kedua.

Kekalahan itu menamatkan rekod 23 perlawanan tanpa kalah Chelsea yang bermula sejak April lalu. 

Anak didik Mourinho tidak kalah pada 21 perlawanan musim ini.

Pasukan tempat kedua, Manchester City mungkin mampu merapatkan jurang dengan Chelsea kepada tiga mata jika berjaya menewaskan Everton pada perlawanan lewat malam ini.

CANONNIKON APA PILIHAN KAMU?


Loading...

Related

Liga EPL 4216930688786046896

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item