satusabah

KENINGAU REMAJA DILAPOR HILANG DITEMUI TERAPUNG DI SG PADAS

Remaja yang dilaporkan pada Ahad telah ditemui di tebing sungai Padas dekat Tenom Lama kira-kira jam 3.30 petang pada Rabu. Ketua Poli...

Remaja yang dilaporkan pada Ahad telah ditemui di tebing sungai Padas dekat Tenom Lama kira-kira jam 3.30 petang pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintenden Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, mangsa ditemui seorang penduduk yang juga pengadu Ramdhan Rostam bersama anak jirannya Alif Bin Kelana semasa menjala ikan di sungai Padas.

Portal Berita Satu Sabah
Remaja lemas di keningau sabah ditemui terapung di Sungai Padas
“Semasa pengadu menjala ikan, mereka terhidu berbau busuk. Apabila pengadu mencari puncanya mendapati bau tersebut datangnya dari mayat manusia terapung dan tersangkut di ranting pokok kayu yang telah tumbang di dalam sungai tersebut. Pengadu terus menghubungi Balai Polis Tenom tentang penemuan mayat itu,” katanya ketika dihubungi pada petang Rabu.

Katanya, setelah menerima makluman dari Balai Polis Tenom, pihak polis IPD Keningau menghubungi keluarga mangsa untuk tujuan pengecaman di hospital Tenom.

“Hasil pengecaman yang dilakukan oleh bapa mangsa Ahmad Bin Sitan dan abangnya Jefferydin ke atas mayat tersebut adalah adiknya penama Jasnin Azmizan yang lemas di Kg Banjar berdasar kesan parut bekas luka pada kening sebelah kanan dan kesan parut di antara ibu jari dan jari telunjuk sebelah kanan,” jelasnya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Keningau untuk bedah siasat. 

VIDEO AWAS MATA AWAS TELINGA


Loading...

Related

Sabah 6427137246000221488

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item