satusabah

Letupan di Ranau, Enam Orang Terselamat

Enam orang terselamat dalam kejadian letupan yang berlaku di salah sebuah rumah penginapan (lodge) yang terletak di jalan Taman Kinabalu k...

Enam orang terselamat dalam kejadian letupan yang berlaku di salah sebuah rumah penginapan (lodge) yang terletak di jalan Taman Kinabalu kira-kira 24 kilometer daripada pekan Ranau, dalam kejadian awal pagi tadi.

Letupan kuat yang didakwa berpunca dari alat pemanas air itu menyebabkan kerosakan di bahagian dalam serta turut menyebabkan bahagian tengah bumbung bangunan tersebut runtuh.

SMS NEWS PORTAL
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Afendi K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan 4.37 pagi dan tiba di lokasi setengah jam kemudian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian didapati atap sebuah rumah penginapan berkenaan runtuh.

"Tiada mangsa dilaporkan cedera dan bomba bertindak melakukan pemantuan bagi memastikan keadaan selamat," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.



Loading...

Related

semasa Sabah 3716642343525639612

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item