satusabah

NGERI : Angin Kencang Jadikan Taufan hagupit Paling Kuat

Taufan Hagupif memusnahkan kediaman dan menyebabkan ombak besar membadai kawasan pantai yang didiami penduduk di timur Filipina serta meng...

Taufan Hagupif memusnahkan kediaman dan menyebabkan ombak besar membadai kawasan pantai yang didiami penduduk di timur Filipina serta mengakibatkan berjuta orang cemas berikutan bencana alam dahsyat itu.

PORTAL BERITA SATUSABAH
Agensi Cuaca Tempatan, Pagasa berkata, taufan yang membadai dari Lautan Pasifik dan kemudiannya bertiup kencang ke arah kawasan nelayan di Pulau Samar malam tadi dengan kelajuan 210 kilometer sejam.

Angin kencang menjadikan Hagupit sebagai taufan paling kuat membadai Filipina tahun ini sekali gus mengatasi taufan pada Julai lalu yang menyebabkan lebih 100 orang terkorban.

"Atap berterbangan, pokok tumbang dan terdapat kawasan dilanda banjir," kata Datuk Bandar Catbalogan, Stephany Uy-Tan.

Kebimbangan terhadap bencana alam berulang selepas tahun lalu ketika Taufan Haiyan meragut nyawa lebih 7,350 orang.

Berikutan itu kerajaan mengambil langkah awal apabila memindahkan berjuta penduduk lebih awal sebelum Hagupit melanda.

Hagupit diramal melanda tiga hari di seluruh Filipina dengan menyeberang di kebanyakan wilayah miskin dan membawa hujan lebat di kawasan yang padat dengan penduduk di utara Manila.

Kerajaan memberi amaran bahawa ribut setinggi lima meter boleh melanda di beberapa kawasan, banjir kilat, tanah runtuh dan angin kencang yang berupaya memusnahkan kediaman.

Berpuluh juta orang tinggal di laluan taufan termasuk mereka di tengah Filipina yang masih belum dapat melupakan trauma ketika dilanda Taufan Haiyan kira-kira 13 bulan lalu.

Haiyan adalah ribut paling kencang pernah membadai kawasan daratan iaitu pada kelajuan 315 kilometer sejam dan menyebabkan ribut tsunami sehingga memusnahkan hampir keseluruhan bandar. - AFP


Loading...

Related

Global 752921038588706261

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item