satusabah

OPERASI ANTI DADAH : Tujuh Anak Kapal Di Labuan Ditahan

LABUAN: Tujuh anak kapal ditangkap kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah dalam satu operasi di atas kapal di perairan Labuan...

PORTAL BERITA SATU SABAH
LABUAN: Tujuh anak kapal ditangkap kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah dalam satu operasi di atas kapal di perairan Labuan minggu lepas.


PORTAL BERITA SATU SABAH
Dalam operasi dua hari bermula 10 Dis yang melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) itu, pekerja bot, kapal dan feri diperiksa dan diminta menjalani ujian air kencing.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan APMM Kapt Maritim Che Adnan Md Isa berkata operasi serupa akan terus diadakan untuk memastikan anak kapal dan juragan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

“Operasi ini melibatkan sembilan anggota APMM dan pegawai agensi itu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata anak kapal yang ditahan berusia antara 18 dan 72 tahun dan seorang daripada mereka memiliki taraf penduduk tetap Malaysia. — Bernama
Loading...

Related

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 3467008882024086309

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item