satusabah

Pesawat Air Asia Berpatah Balik ke Akibat Penumpang Bertindak Ganas

"Lebih memburukkan keadaan, teman lelaki wanita berkenaan mengancam untuk meletupkan pesawat manakala wanita terbabit pula mengancam ...

"Lebih memburukkan keadaan, teman lelaki wanita berkenaan mengancam untuk meletupkan pesawat manakala wanita terbabit pula mengancam mahu membunuh diri"

Sebuah pesawat Air Asia hari ini terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Don Mueang berikutan tindakan ganas dari dua orang penumpang pesawat yang dalam separuh jalan ke Nanjing, China.

PORTAL BERITA SATU SABAH
Menurut laporan dari seorang pengguna Weibo yang berada di dalam penerbangan tersebut, pesawat terpaksa berpatah balik selepas satu pasangan China mengasari seorang pramugari, mengancam untuk melompat keluar dari kapal terbang dan meletupkan pesawat.

Pengguna itu juga menceritakan kejadian bermula dengan seorang wanita berusia 20 tahun dari Nanjing, yang duduk berasingan dari teman lelakinya, mencurahkan air panas kepada seorang pramugari yang menghantar mee segera untuk wanita tersebut.

Menurut laporan dari BangkokPost, kejadian berpunca kerana pasangan itu tidak berpuas hati kerana mereka diletakkan ditempat duduk berasingan dalam pesawat itu. Difahamkan pasangan itu adalah dari satu rombongan pelancongan dan bukannya membeli tiket secara persendirian. Oleh kerana itu tempat duduk mereka diatur mengikut abjad.

Lebih memburukkan keadaan, teman lelaki wanita berkenaan mengancam untuk meletupkan pesawat manakala wanita terbabit pula mengancam mahu membunuh diri.


Loading...

Related

Pesawat 8415399889727245486

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item