satusabah

POLIS BONGKAR SINDIKET PALSUKAN PASPORT, COP IMIGRESEN MALAYSIA

Polis membongkar sindiket memalsukan pasport antarabangsa dan cop Jabatan Imigresen Malaysia setelah menahan tujuh lelaki rakyat asing dal...

Polis membongkar sindiket memalsukan pasport antarabangsa dan cop Jabatan Imigresen Malaysia setelah menahan tujuh lelaki rakyat asing dalam serbuan di sebuah rumah di Bayan Baru, dekat sini tengah malam tadi.

PORTAL BERITA SATUSABAH
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata rumah yang didiami tujuh lelaki yang dipercayai anggota sindiket terbabit diserbu pada pukul 12.50 tengah malam hasil maklumat awam dan risikan.

“Hasil siasatan ke atas empat lelaki Bangaldesh, dua Indonesia dan seorang Myanmar itu membawa polis ke sebuah bilik di rumah berkenaan yang dijadikan ‘pejabat’ untuk menghasilkan pasport antarabangsa palsu.

“Kami menemui 17 pasport antarabangsa antaranya Bangladesh, Filipina, Indonesia dan Myanmar serta cop Jabatan Imigresen Malaysia, cop kedutaan dan peralatan membuat pasport dalam bilik berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas wang tunai RM715 dipercayai sebahagian daripada hasil pengeluaran pasport palsu sindiket berkenaan.

Abdul Rahim berkata sindiket itu beroperasi di rumah berkenaan sejak awal tahun ini dan dipercayai sebelum ini kumpulan terbabit sentiasa berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain.

“Polis percaya tugas tujuh lelaki terbabit yang bekerja di restoran dan kafe di sekitar Bayan Baru itu ialah membantu menghasilkan pasport sebelum menjual kepada pihak tertentu,” katanya.

Beliau berkata polis juga telah mengenal pasti dalang sindiket terbabit dan usaha mengesan lelaki rakyat asing itu giat dijalankan.– BERNAMA
SUDAH TONTON VIDEO CANON INI?


Loading...

Related

Pasport Malaysia 3827566711938927396

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item