satusabah

SEMASA : Pesawat 'Piper PA-31 Navajo Terhempas, 10 Maut

Pesawat 'Piper PA-31 Navajo Terhempas, 10 Maut Lima kanak-kanak adalah antara 10 orang terbunuh semalam apabila pesawat kecil te...

Pesawat 'Piper PA-31 Navajo Terhempas, 10 Maut

Portal Berita Satu Sabah
Lima kanak-kanak adalah antara 10 orang terbunuh semalam apabila pesawat kecil terhempas di tengah Colombia selepas ia mengalami masalah teknikal, lapor AFP.

Timbalan Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Colombia, Kolonel Carlos Roche, berkata juruterbang pesawat itu meminta untuk melakukan pendaratan kecemasan di lapangan terbang Mariquita tetapi pesawat terbabit tidak berdaya terbang sejauh itu.

“Malangnya, ia tidak sempat mendarat dan terhempas kira-kira 13 kilometer dari lapangan terbang, mengorbankan dua juruterbang dan lapan penumpang,” katanya.

Pihak berkuasa penerbangan itu menambah, antara mangsanya termasuk lima kanak-kanak.

Semua penumpang dan anggota kru di dalam pesawat ‘Piper PA-31 Navajo’ itu adalah rakyat Colombia.

Pihak penyiasat berada di tempat kejadian dan pasukan penyelamat sudahpun menemui mayat mangsa yang rentung.


Loading...

Related

pesawat terhempas 128387465177627166

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item