satusabah

SEMASA : SUAMI BARAN ISTERI JADI MANGSA

SIBU: Hanya kerana ditegur selepas menghempas pemain DVD, seorang suami yang naik berang dipercayai memukul, menampar dan menendang perut ...

SIBU: Hanya kerana ditegur selepas menghempas pemain DVD, seorang suami yang naik berang dipercayai memukul, menampar dan menendang perut isterinya yang sedang mengandung lima bulan.

Kejadian tidak berperikemanusiaan itu didakwa berlaku pada jam 1 pagi semalam selepas mangsa berusia 26 tahun menegur suaminya, 20, kerana menghempas pemain DVD di rumah sewa mereka di Jalan Lai Chee di sini.

Poral Satu Sabah
Mangsa mendakwa, marah kerana ditegur, suaminya yang berasal dari Kanowit bertindak ganas dengan memukul badan dan menendang perutnya.

Selain itu, mangsa mendakwa suaminya menampar mukanya menyebabkan mata kirinya merah dipercayai mengalami pendarahan dalaman.

“Dia turut menghentak kepala saya di lantai. Akibatnya, kening saya luka,” kata mangsa.

Kejadian itu disaksikan jiran mereka yang bergegas ke bilik pasangan itu untuk menyelamatkan mangsa.

Jiran mereka berkata, ketika membuka pintu bilik, dia mendapati suami mangsa sedang menghayunkan tangan ke arah isterinya yang sedang terbaring di lantai.

“Tanpa berfikir panjang, saya menolak suaminya untuk menyelamatkan si isteri,” kata jiran terbabit ketika mengiringi mangsa membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini, pagi semalam.

Ekoran insiden itu, mangsa mengalami sakit di beberapa bahagian badan, selain lebam dan merah mata kirinya.

Mangsa menjelaskan, dia telah ditemani jirannya itu mendapatkan rawatan di Hospital Sibu.

“Ini bukan kali pertama dia mengasari saya terutama apabila balik rumah dalam keadaan mabuk,” katanya yang berhasrat memfailkan permohonan cerai selepas kejadian itu.

Bertindak atas maklumat, polis memanggil suami mangsa ke balai tengah hari semalam dan menahannya di lokap sementara siasatan lanjut dijalankan.

Mangsa memberitahu, dia yang berasal dari Rumah Lidam, Sungai Tebelian dikurniakan seorang anak perempuan berumur setahun lebih hasil perkahwinan dengan suaminya dan kini mengandung anak kedua.

Kes itu dilaporkan di Balai Polis Sentral pada jam 10.30 pagi semalam.

PHOTGRAPHER WAJIB TONTON !!


Loading...

Related

Sarawak 9103682618616741144

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item