satusabah

Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing, di mana Perkataan 'DIRAJA' ?

Wujud kekeliruan apabila para pegawai mendakwa bahawa pesuruhjaya yang ditugaskan menyiasat kehadiran pendatang di Sabah bukan sebahagian ...

Wujud kekeliruan apabila para pegawai mendakwa bahawa pesuruhjaya yang ditugaskan menyiasat kehadiran pendatang di Sabah bukan sebahagian daripada sebuah 'Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)' walaupun disebut demikian sejak ditubuhkan pada Januari tahun lepas.

Portal Berita Sabah
Sebaliknya, wartawan diberitahu oleh urusetia suruhanjaya itu bahawa ia perlu dirujuk sebagai "suruhanjaya siasatan (CI)" saja.

Ditanya mengenainya kemudian, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata: "Gunalah apa saja yang ditulis pada tajuk laporan itu."

Apabila diberitahu bahawa laporan 376 halaman bertajuk 'Commission of Enquiry' bukannya 'Commission of Inquiry', Abdul Gani secara berseloroh berkata ia seharusnya dibincang dalam pelajaran Bahasa Inggeris.

Menambah lagi kekeliruan tersebut, Abdul Gani, ketika bercakap kepada media kemudiannya, juga menyebut suruhanjaya itu sebagai 'RCI' manakala setiausaha suruhanjaya itu, Saripuddin Kasim diperkenalkan dalam sidang media itu sebagai 'setiausaha RCI'.

Tetapi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, yang mengumumkan laporan itu di Kota Kinabalu petang ini, tidak menggunakan perkataan 'diraja'.

Perkataan itu tidak disebut pada tajuk kulit laporan tersebut, tetapi dalam laporan itu, pesuruhjayanya merujuk diri mereka sebagai anggota RCI.

Sama ada ia suruhanjaya 'diraja' atau sebaliknya, Ali berkata ia ditubuhkan di bawah Seksyen 2 (1)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang mengkehendaki pesuruhjaya dilantik oleh Yang di-Petuan Agong.

Laporan itu telah dikemukakan kepada baginda pada 5 Mei manakala perdana menteri telah membentangkannya kepada kabinet pada 7 Julai.


Loading...

Related

Sabah 4466962723104227480

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item