satusabah

Tawanan Abu Sayyaf Warga Switzerland Diselamatkan

Tentera kerajaan Filipina pada Sabtu menyelamatkan seorang rakyat Switzerland yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf lebih dari dua...

Tentera kerajaan Filipina pada Sabtu menyelamatkan seorang rakyat Switzerland yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf lebih dari dua tahun lalu, lapor agensi berita Xinhua.

Portal berita Satu Sabah
Lorenzo Vinceguerre, 49, adalah salah seorang daripada dua pemerhati burung Eropah yang ditahan selama lebih dua tahun oleh militan Abu Sayyaf di wilayah Sulu di selatan Filipina.

Jurucakap tentera wilayah, Kapten Marin Rowena Muyuela berkata pasukan daripada Pasukan Petugas Bersama Sulu yang diketuai oleh Kolonel Alan Arrojado melancarkan operasi terhadap pemberontak Abu Sayyaf di bandar Patikul kira-kira pukul 5.20 pagi Sabtu.

Vinceguerre mengambil peluang untuk melarikan diri daripada penculiknya ketika berlaku tembak-menembak dan tentera kerajaan memperhebatkan operasi mereka.

"Ketika Vinceguerre melarikan diri dia ditembak oleh anggota lain kumpulan Abu Sayyaf," kata Muyuela.

Pasukan tentera bagaimanapun berjaya menyelamatkan Vinceguerre.

Lelaki itu telah dibawa ke sebuah hospital tentera untuk rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Lebih daripada 10 tebusan dipercayai ditahan oleh pemberontak Abu Sayyaf di Sulu.

BETULKAH CANON TAKBOLEH DITANDINGI OLEHNIKON ?

Loading...

Related

Global 7737277775691355270

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item