satusabah

Banjir di Kota Belud Sabah, 542 Mangsa Dipindahkan

Lima ratus empat puluh dua mangsa banjir di daerah ini membabitkan 175 buah keluarga dipindahkan di dua pusat pemindahan sementara berikut...

Lima ratus empat puluh dua mangsa banjir di daerah ini membabitkan 175 buah keluarga dipindahkan di dua pusat pemindahan sementara berikutan paras air terus meningkat sejak 8 malam tadi.

Sehingga kini, kesemua mangsa di tempatkan di Dewan Tun Said Kota Belud dan terbaru di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Kota Belud.

PORTAL BERITA SATUSABAH
Mangsa Banjir Kota Belud 2015
Antara kampung yang dinaiki air ialah Kampung Sembirai; Siasai Tamu; Kampung Bobot; Kampung Linau; Kampung Gunding; Kampung Lebak Engad dan beberapa kampung lain turut dinaiki banjir.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, Kampung Sembirai dan Kampung Lebak Engad adalah antara kawasan yang terjejas teruk selepas hampir lebih 120 mangsa dipindahkan ke pusat penempatan.

Sementara itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menerusi laman sosial Facebooknya meminta penduduk yang tinggal berhampiran tebing sungai berpindah lebih awal.

"Saya menasihatkan kepada penduduk yang tinggal dikawasan mudah dinaiki air terutama yang berdekatan tebing sungai supaya berpindah segera," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Belud. 

Sumber dipetik : HMETRO (Erdiehazzuan Ab Wahid)


Loading...

Related

Sabah 5588910678532034430

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item