satusabah

BEKAS TENTERA DITANGKAP DIPERCAYAI EDAR DADAH

BERITA SABAH : Polis di sini menangkap tiga lelaki tempatan yang merupakan bekas tentera kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah j...

BERITA SABAH : Polis di sini menangkap tiga lelaki tempatan yang merupakan bekas tentera kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, pada 20 Januari lepas kira-kira jam 10 malam polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Keningau telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah PPRT di salah sebuah kampung di daerah ini.

Katanya, semasa pemeriksaan dijalankan terdapat tiga lelaki yang berumur antara 40 hingga 43 tahun berada dalam sebuah rumah.

“Setelah dokumentasi dijalankan didapati ketiga tiga suspek yang ditahan adalah merupakan bekas tentera. Pemeriksaan lanjut yang dilakukan oleh pihak polis menjumpai sebanyak 24 peket pelbagai saiz anggaran berat 10.90 gram bahan disyaki dadah jenis syabu di dalam bilik tersebut,” katanya kepada media di sini kelmarin.

Douglas memberitahu, pihak polis kemudiannya merampas kesemua dadah yang dijumpai dan menangkap ketig-tiga suspek.

Jelasnya, ketiga-tiga suspek tersebut telah dituduh di Mahkamah Majistret Keningau pada 26 Januari lepas di bawah Seksyen 39A (1)® Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun tetapi tidak lebih lima tahun dan sebatan tidak kurang tiga kali dan tidak lebih sembilan kali jika didapati bersalah.

Walau bagaimanapun katanya, Mahkamah Majistret di sini menawarkan jaminan RM2,000 bersama dua orang penjamin tempatan terhadap ketiga-tiga suspek.



Loading...

Related

Sabah 8977777564163379822

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item