satusabah

MOTORSIKAL BERTEMBUNG MYVI, DUA CEDERA PARAH

Seorang penunggang motosikal cedera parah di pergelangan kaki manakala pemboncengnya patah kaki dalam satu kemalangan di Jalan Batu Kawa d...

Seorang penunggang motosikal cedera parah di pergelangan kaki manakala pemboncengnya patah kaki dalam satu kemalangan di Jalan Batu Kawa di sini, malam kelmarin.

PORTAL BERITA SATUSABAH
Dalam insiden tersebut, kedua-dua mangsa dari arah Jalan Field Force menuju ke Pusat Komersil MJC berlanggar dengan sebuah Perodua Myvi yang memasuki sebuah simpang.

Impak pelanggaran mengakibatkan kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 15 tahun dan 20-an, tercampak dari motosikal.

Pada masa yang sama, pemandu Perodua Kancil yang tidak sempat menekan brek terlanggar bahagian belakang Myvi berkenaan.

Bagaimanapun, kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Orang awam kemudian membuat panggilan kecemasan bagi mendapatkan bantuan perubatan.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menerima rawatan.
Loading...

Related

Sarawak 991160313513791846

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item