satusabah

Polis Pengiring Maut Rempuh Anggota Polis

Seorang anggota polis pengiring yang dalam perjalanan untuk bertugas maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya merem...


Portal Berita Satu sabah
Seorang anggota polis pengiring yang dalam perjalanan untuk bertugas maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya merempuh seorang pejalan kaki yang juga anggota polis di Kilometer 6, Jalan Kuantan-Pekan dekat sini, tengah hari tadi.

Koperal Helmee Akhsan Yahya, 29, dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan maut semasa menerima rawatan di Hospital Pekan.

Pejalan kaki itu, Koperal Amran Abdullah, 48, dari Cawangan Tugas Am di IPD yang sama turut meninggal semasa mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan pada jam 4 petang.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, berkata dalam kemalangan jam 1.20 tengah hari itu, Helmee Akhsan dalam perjalanan menghala ke Ubai untuk bertugas.

Beliau dikatakan cuba mengelak Amran yang sedang melintas jalan namun gagal lalu merempuhnya.

"Akibat itu motosikal Helmee terbabas dan melanggar pasu bunga di atas pembahagi jalan sebelum dia terpelanting," katanya kepada Bernama.

Punca sebenar kemalangan sedang disiasat, katanya.
- BERNAMA




Loading...

Related

Kemalangan 1858844670456054267

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item