satusabah

TRAGIS : Hampir Setahun berada Lori di Jalan Keningau-Kimanis

Sangat Tragis !  Selepas setahun hanya tinggal rangka yang ditemui selepas lori terjatuh ke dalam gaung di Jalan Keningau-Kimanis. Keluarg...

Sangat Tragis !  Selepas setahun hanya tinggal rangka yang ditemui selepas lori terjatuh ke dalam gaung di Jalan Keningau-Kimanis. Keluarga juga tidak pernah mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku.

Kehilangan seorang lelaki hampir setahun lalu terjawab apabila mayatnya ditemui orang awam dalam gaung di Kilometer 16 Jalan Keningau-Kimanis,kelmarin petang.

PORTAL BERITA SATUSABAH
Rangka Sharif Marzuki, 28, ditemui dalam dalam lori satu tan oleh orang ramai yang kebetulan sedang melakukan kerja pembersihan di kawasan itu, pada jam 3.55 petang.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Taong, berkata berdasarkan maklumat tertera pada lori berkenaan, polis pergi ke sebuah rumah dipercayai ahli keluarga mangsa.

"Menurut ibu mangsa, Sharif sudah lama tidak pulang ke rumah dan mereka terputus hubungan sejak Januari tahun lalu.

"Bagaimanapun, tiada laporan polis dibuat berhubung kehilangan mangsa. Mangsa disyaki terbabas lalu jatuh ke gaung tanpa disedari sesiapa.

"Rangka mangsa dihantar ke Hospital Keningau untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Loading...

Related

Jalan Keningau-Kimanis 4818647094042068656

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item