satusabah

BERITA SABAH : Impian Pemuda Dari Semenanjung Berkecai

Impian seorang lelaki dari Semenanjung bertemu kekasih hati dikenali melalui laman sosial Facebook bukan saja berkecai, malah kerugian R...

Berita Sabah
Impian seorang lelaki dari Semenanjung bertemu kekasih hati dikenali melalui laman sosial Facebook bukan saja berkecai, malah kerugian RM10,000 selepas wanita berkenaan tidak muncul dan panggilan telefon tidak dijawab.

Difahamkan, lelaki dikenali sebagai Mohd Noor berusia 30-an itu dikatakan tiba di Lapangan Terbang Sandakan di sini, kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin, untuk bertemu ahli keluarga teman wanitanya dipercayai untuk merisik dan melangsungkan pertunangan.

Sebelum tiba di daerah ini, mangsa dipercayai memasukkan RM10,000 seperti diminta wanita terbabit dengan alasan untuk membuat persediaan majlis pertunangan mereka.

Sebaik menjejakkan kaki ke daerah ini, mangsa terus menghubungi teman wanitanya, tetapi tidak dijawab sebelum talian telefon bimbit dimatikan.

Mangsa yang buntu dilihat berlegar-legar tanpa tujuan di sekitar lapangan terbang itu sehingga petang sebelum disedari orang ramai.

Selepas mendapati mangsa ditipu, orang ramai membawa lelaki itu ke balai polis untuk membuat laporan dan mendapatkan bantuan. HMETRO
*PERKONGSIANTEKNIK MEMASAK LELAKI MALAS [Misti Tingu]


Loading...

Related

Sandakan 2785409310743915293

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item