satusabah

Dua Beranak Maut, Lori Tangki Minyak Bertembung Pacuan 4 Roda

Dua Beranak Maut, Lori Tangki Minyak Bertembung Pacuan 4 Roda Dua beranak maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah kenderaan pac...

Portal Berita Satu Sabah
Dua Beranak Maut, Lori Tangki Minyak Bertembung Pacuan 4 Roda
Dua beranak maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan lori tangki minyak di Kilometer 103 Jalan Sandakan-Lahad Datu, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A.Sahak Rahmat berkata kedua-dua mangsa yang maut di tempat kejadian ialah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, Lim Gek Liang, 58, dan anak perempuannya, Lim Sar Yun, 19.

Katanya dalam kejadian 5.05 petang itu, Lim memandu dari arah Sandakan menuju ke Lahad Datu dan sebaik tiba di kawasan Kampung Perpaduan di sini, kenderaan yang dipandu Lim dipercayai masuk ke lorong kanan lalu bertembung dengan lori minyak dari arah bertentangan.

"Mayat kedua-dua beranak yang tersepit di dalam kenderaan dikeluarkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan," katanya ketika dihubungi Bernama, Khamis.

Menurutnya, pemandu lori minyak itu yang berusia 43 tahun mengalami kecederaan di bahagian dada dan dirawat di Hospital Kinabatangan manakala mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat. -BERNAMA


Loading...

Related

Lahad Datu 8862683372378164193

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item