satusabah

Hab Kreatif: Memahsyurkan Kreativiti Tempatan

Oleh : Mohd Joh Hj Wid Baru-baru ini nama Sabah sekali lagi menjadi sebutan di pentas hiburan tanahair. Selepas kejayaan Firman meneru...

Oleh : Mohd Joh Hj Wid

Baru-baru ini nama Sabah sekali lagi menjadi sebutan di pentas hiburan tanahair. Selepas kejayaan Firman menerusi Akademi Fantasia, kumpulan lawak Zero dari Sabah pula mencuri tumpuan. Kali ini, di pentas Maharaja Lawak Mega yang sememangnya membariskan para peserta yang telah bertapak kukuh dalam industri seni hiburan.
Portal Berita Sabah
Gambar Hiasan - djk
Sebelum ini saya menulis mengenai potensi Sepanggar untuk dibangunkan sebagai Hab Industri Kreatif Sabah. Ini adalah disebabkan wujudnya hubungan ekosistem dan persekitaran yang saling menyokong. 

Idea ini saya lontarkan kerana saya berkeyakinan bahawa Sepanggar berada pada lokasi yang sangat strategik dan memiliki beberapa kelebihan yang tersendiri. Pertumbuhan ekonomi yang baik turut mendorong kepada kesediaan Sepanggar. 

Ramai mungkin tidak menyedari bahawa, peluang perniagaan berdasarkan hasil kreativiti ini mampu menjana pulangan yang sangat besar jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh dalam suatu persekitaran komersial yang kondusif. 

Hakikatnya, kreativiti itu adalah suatu daya cipta yang mampu menjelmakan sesuatu yang unik sifatnya kepada produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat. 

Dengan kata lain, kreativiti mampu menghasilkan pelbagai produk dan perkhidmatan termasuklah hasil seni. 

Baru-baru ini nama Sabah sekali lagi menjadi sebutan di pentas hiburan tanahair. Selepas kejayaan Firman menerusi Akademi Fantasia, kumpulan lawak Zero dari Sabah pula mencuri tumpuan. 

Kali ini, di pentas Maharaja Lawak Mega yang sememangnya membariskan para peserta yang telah bertapak kukuh dalam industri seni hiburan. Zero dengan loghat baku Sabah berjaya menarik majoriti penonton termasuk juri tetap, lalu dinobatkan sebagai johan. 

Salah seorang juri tetap, Datuk Jalaludin Hassan, menekankan bahawa untuk mencari seorang ‘Maharaja’ bukan suatu yang mudah. Mereka ini mesti mempunyai pesona atau bahan lawak yang benar-benar terbaik.

Ini mengambilkira bahawa semua peserta adalah pelawak yang terbaik. Zero mengketengahkan kreativi lawak lokal yang tulin dalam bahasa dan lenggok humor. 

Malah, tangisan mereka sewaktu menyanyikan lagu “Ayah” dalam sketsa kedua terus menyentap dan menambat hati para juri dan penonton. Pendekatan seperti ini jarang digunakan dalam pertandingan lawak. 

Inilah antara elemen kreativiti yang dihargai penonton. Kejayaan Zero menunjukkan betapa kuatnya impak kreativiti sehingga mampu mengubah nasib dan masa depan seseorang (mereka). 

Secara langsung, Sabah menerima impak positif dari kejayaan anak-anak Sabah ini Selain dari kemampuan Stacy mengekalkan kedudukannya sebagai artis popular tanahair. 

Begitu juga antara nama-nama lain seperti Faizul, Adira, Adam, Felix, kumpulan lawak Kecik, Wala dan ramai lagi bintang realiti TV lain. 

Persoalannya, sejauhmana manakah mereka mampubertahan dalam industri huburan selepas mereka kembali Sabah? Hanya segelintir dari mereka mampu bertahan dalam bidang seni bila kembali dan menetap di Sabah. 

Akibatnya ramai kalangan mereka terus tenggelam populatiti. Di sinilah, kita melihat perlunya hab industri kreatif itu dibangunkan. 

Seni hiburan yang mereka ceburi ini merupakan salah satu produk yang mengisi industri kreatif.

Sebenarnya, kemampuan anak-anak Sabah bukan sahaja di peringkat dalam negara. Malah ada yang sudah menempa nama di peringkat antarabangsa dan tidak ramai yang menyedari akan hal ini. 

Disebabkan ketiadaan prasarana yang menyokong minat mendalam mereka dalam seni ini, maka mereka berkarya di luar negara. Roger Wang dan Mia Palencia menerusi kumpulan duo Double Take telah merakam album di ‘home studio’, Luyang. 

Mereka tidak mendapat sambutan dari syarikat rakaman tempatan kerana menganggap produk mereka tiada nilai pasaran. Namun kreativiti mereka telah menambat hati syarikat rakaman di Singapura. 

Akhirnya, mereka dapat menembusi pasaran hiburan Taiwan, Hong Kong, China, Australia, Amerika dan Europe, malah album mereka masuk ke pasaran Malaysia berlabelkan ‘imported product’. Stephen Lim kelahiran Kota Kinabalu, seorang jurutera bunyi yang menerbitkan lagu ciptaan Asmin Mudin untuk penyanyi popular Hong Kong, Jacky Cheung juga tidak kurang hebatnya. 

Seorang lagi, Gary Chow, anak kelahiran Kota Belud sehingga kini masih menjadi penyanyi dan bertakhta di hati peminatnya di Taiwan.

Satu hari nanti mereka pasti akan kembali ke negeri Sabah. Jauh mereka menimba pengalaman untuk dikongsi bersama bakat-bakat tempatan kelak. 

Namun semua ini tidak mungkin berlaku selagi Sabah belum memakmurkan lagi industri kreatifnya secara serius. Justeru, usaha mewujudkan suatu pusat atau hab yang sangat kondusif bagi memastikan kelangsungan kepada perkembangan hab kreatif yang progresif perlu direalisasikan.

Dunia perniagaan berkaitan hiburan hari ini semakin dikuasai oleh teknologi digital (online). Dengan kata lain, dalam k-ekonomi, pasaran semakin berteraskan kepada ekonomi dalam talian. 

Pembangunan Sepanggar sebagai Hab Kreatif mampu menjelmakan Sabah menjadi sebuah pusat kreativiti terkemuka di rantau ini. 

Kedudukan Sabah ditengah-tengah BIMP-EAGA yang bersempadankan Indonesia (Kalimantan), dan Negara Brunei sekadar menggambarkan betapa strategik Sabah dalam industri kreatif ini. 

Mungkinkah satu hari nanti bukan sahaja anak-anak Sabah yang kembali ke tanahair ligat berniaga dalam industri ini, malah mungkin Sabah bakal menjadi tumpuan pemain-pemain industri kreatif dari luar untuk sama-sama bersaing mengaut keuntungan dan meraih kemahsyuran.

CUBA TEKA Sebenarnya yang KURANG dlm Video ini ? 



Loading...

Related

sabahan 1234537575334329516

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item