satusabah

KABUS TEBAL PUNCA PELANGGARAN 100 BUAH KENDERAAN

Dua orang terbunuh dan 43 cedera hari ini, termasuk lima warga negara asing, dalam pelanggaran yang bertindih-tindih melibatkan 100 buah...

BERITA DUNIA
Dua orang terbunuh dan 43 cedera hari ini, termasuk lima warga negara asing, dalam pelanggaran yang bertindih-tindih melibatkan 100 buah kenderaan di lebuh raya ke lapangan terbang antarabangsa terbesar Korea Selatan, kata polis. 

Pelanggaran yang bertindih-tindih itu berlaku dalam kabus tebal di laluan ke Seoul di atas jambatan yang mementuk sebahagian daripada lebuh raya menghubungkan lapangan terbang Incheon dengan ibu negara.

Pelanggaran bertindih-tindih itu bermula apabila sebuah limusin merempuh bahagian belakang sebuah kereta, kata jurucakap di balai polis Incheon. “Lebih daripada 100 kenderaan terlibat dalam kemalangan tersebut,” katanya dan menambah, keadaan berkabus menyebabkan pemandu hanya dapat melihat dalam jarak 15 meter (50 kaki) di hadapan mereka. Lima warganegara asing adalah antara 43 mangsa yang cedera, tetapi kerakyatan mereka tidak dinyatakan, tambah jurucakap itu.

Rakaman disiarkan di TV menunjukkan pekerja penyelamat kecemasan cuba untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan- kenderaan yang bertindih dan remuk di atas jambatan yang diselubungi kabus.-AFP

VIDEO VIRAL DI SELURUH DUNIA.. APA YANG MENARIK VIDEO INI ?


Loading...

Related

Kemalangan 6812514353065867061

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item