satusabah

KENINGAU : Mohon Henti Sebar Gambar Mangsa Yang Ditemui Mati Di Tandas

Seluruh ahli keluarga mangsa pelajar kolej yang menjalankan latihan praktikal di bahagian unit pelesenan di bangunan milik kerajaan di K...

Berita Keningau
Seluruh ahli keluarga mangsa pelajar kolej yang menjalankan latihan praktikal di bahagian unit pelesenan di bangunan milik kerajaan di Keningau yang ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di tandas wanita aras 2 bangunan itu kesal dengan penyebaran gambar mangsa di tempat kejadian.

Sehubungan dengan itu mereka meminta supaya mereka yang mendapat gambar berkenaan sama ada melalui aplikasi facebook dan whatsapp menghentikan penyebarannya kepada umum.

Seorang ahli keluarga terdekat Rosdee Razali berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu perlu dihentikan bagi menjaga sensitiviti ahli keluarga mangsa.

“Sebagai ahli keluarga mangsa kami meminta agar orang ramai jangan menyebar gambar mangsa dan jangan membuat andaian. Ada baiknya kita sama-sama menunggu siasatan pihak polis berhubung kejadian itu,” tegas Rosdee.

Katanya, pelbagai andaian dan penyebaran gambar orang ramai di laman sosial mengenai kejadian itu bukan sahaja mengganggu siasatan pihak polis akan tetapi turut mengaibkan seluruh ahli keluarga mangsa.

Pada Isnin seorang pelajar perempuan dari salah sebuah Kolej di Shah Alam Selangor berumur lingkungan 20an berasal dari Kampung Durok dekat sini meninggal dunia di tandas awam aras dua di bangunan Pejabat daerah Keningau kira-kira jam 9.30 pagi.

Mayat mangsa telah ditemui oleh kakitangan pejabat berkenaan dengan keadaan berlumuran darah di dalam tandas berkenaan.

Selepas sahaja kejadian yang menggemparkan kakitangan jabatan kerajaan dalam bangunan itu gambar mangsa yang terbaring dalam tandas dalam keadaan berlumuran darah tersebar luas melalui laman sosial facebook dan whatsaap dengan pelbagai andaian yang dilontar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Justeru itu, Rosdee menegaskan agar pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan perbuatan mereka.

Beliau tidak menolak penyebaran gambar dilakukan oleh orang dalam dari jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan.


Dalam pada itu beliau meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang menyebarkan gambar-gambar di tempat kejadian dan bilik bedah siasat.
PERKONGSIAN TEKNIK MEMASAK LELAKI MALAS?


Loading...

Related

Sabah 1134776624938872975

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item