satusabah

Lebam Mata Dibelasah Kerana Menyamar Sebagai Polis

Dua lelaki yang dipercayai menyamar sebagai polis Bukit Aman berjaya diberkas selepas disyaki cuba mencuri barang di dalam sebuah kedai di...

Dua lelaki yang dipercayai menyamar sebagai polis Bukit Aman berjaya diberkas selepas disyaki cuba mencuri barang di dalam sebuah kedai di Jalan Kampung Nyabor di sini malam kelmarin.

Portal Berita Satu Sabah
Dalam kejadian pada jam 10.30 malam itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai ‘Huat’ didatangi dua lelaki yang memperkenalkan diri sebagai polis dari Bukit Aman.

Mangsa hairan dengan kemunculan dua lelaki itu ketika kedai hendak ditutup dan mendapati sesuatu mencurigakan pada penampilan kedua-duanya, lantas menghubungi polis.

Polis yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian mendapati kedua-dua suspek bergaduh dengan mangsa.

Salah seorang suspek didapati cedera di muka dan mata kanannya lebam gara-gara pergaduhan itu.

Kedua-dua suspek kemudian diarah memperkenalkan diri tetapi gagal berbuat demikian dan selepas diperiksa, mereka bukan penjawat awam.

Polis juga menemui satu unit pemacu keras 16GB disimpan di dalam poket seluar depan dan satu unit alat pendengar Bluetooth di dalam poket seluar depan seorang lagi suspek.

Kedua-dua suspek berumur 31 dan 41, berbangsa Melayu dan berasal dari Spaoh dibawa ke Balai Polis Sentral untuk tindakan lanjut sebelum direman pagi semalam.

Orang ramai yang pernah menjadi mangsa dua suspek tersebut namun belum membuat laporan polis diminta tampil ke Balai Polis Sentral untuk membuat laporan.

VIDEO INI MENJADI VIRAL DI SELURUH DUNIA.. APA YANG KAMU LIHAT MENARIK ?


Loading...

Related

Sarawak 7533052775512502692

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item