satusabah

Pasukan Polis Marin Tahan 10 Lelaki di Semporna

Hanya dalam tempoh dua jam Pasukan Polis Marin (PPM) di sini menahan 10 lelaki dan merampas 73 batang kayu bergergaji pelbagai saiz dipe...

Berita Sabah
Hanya dalam tempoh dua jam Pasukan Polis Marin (PPM) di sini menahan 10 lelaki dan merampas 73 batang kayu bergergaji pelbagai saiz dipercayai dicuri dari hutan simpan di daerah ini dalam Op Tugas Khas.

Komander PPM Wilayah Sabah, ACP Mohamad Madun dalam kenyataan berkata, kesemua lelaki berkenaan yang berumur 27 hingga 58 tahun itu ditahan dalam empat kes berasingan di kawasan Selatan Laut Tobo-Tobo di sini pada Isnin.

Tangkapan pertama katanya, dilakukan pada jam 8 malam selepas sepasukan anggota menahan dan memeriksa sebuah bot pam dan mendapati seorang juragan serta dua kru bot membawa 15 batang kayu bergergaji pelbagai saiz.

Tangkapan kedua pula dilakukan jam 9.20 malam di kawasan sama selepas menahan dan melakukan pemeriksaan ke atas sebuah bot pam dan mendapati tiga lelaki termasuk juragan didapati membawa 27 batang kayu bergergaji.

Manakala tangkapan ketiga pula dilakukan pada jam 9.30 malam apabila seorang lelaki membawa empat batang kayu bergergaji dan tangkapan keempat dilakukan pada jam 10 malam membabitkan tiga lelaki dan 27 batang kayu bergergaji.

Kesemua tangkapan berkenaan katanya yang telah diketuai ASP Safardi Abd Samad itu disiasat di bawah Kes Enakmen Perhutanan dengan nilai keseluruhan rampasan bernilai RM22,150.

Sementara itu dalam kes berasingan, pasukan sama pada sebelah siangnya telah menahan empat lelaki pendatang tanpa izin (PATI) dalam dua kes di kawasan Laut Selatan Pulau Mataking.

Kes pertama berlaku pada jam 10.30 pagi ketika pasukan berkenaan menjalankan operasi Op Taring telah memeriksa sebuah bot pam dan mendapati dua lelaki yang berumur 18 dan 28 tahun gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

Manakala kes kedua dilapor berlaku pada jam 10.40 pagi, selepas pasukan sama memeriksa sebuah bot pam di kawasan sama dan mendapati dua juga lelaki tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati kedua-dua bot berkenaan masing-masing membawa 20 dan 17 gelen kosong serta wang tunai berjumlah RM1440 dan RM950,’’ katanya.

VIDEO VIRAL DI SELURUH DUNIA.. APA YANG MENARIK VIDEO INI ?


Loading...

Related

semporna 8536998754639410836

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item