satusabah

Pengganas Paling Dikehendaki Pangkat Komander Ditahan

Tidak sampai sebulan bersembunyi di Malaysia, seorang pengganas paling dikehendaki di sebuah negara di Asia Barat tumpas apabila dia d...

Portal Berita Satu Sabah

Tidak sampai sebulan bersembunyi di Malaysia, seorang pengganas paling dikehendaki di sebuah negara di Asia Barat tumpas apabila dia dicekup sepasukan polis di sebuah hotel di ibu negara, akhir bulan lalu.

Anggota kanan berpangkat Ko­mander yang berusia 45 tahun itu dikatakan bersembunyi dalam kalangan warga asing yang ramai di negara ini.

Dia masuk ke Malaysia pada pertengahan Januari lalu dengan menggunakan pasport palsu bagi mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa yang telah lama memburunya ekoran aktiviti keganasan yang serius.

Lelaki itu dipercayai paling dikehendaki di negaranya kerana mempunyai pengalaman luas dalam aktiviti keganasan selain mempunyai rangkaian pengganas dengan kumpulan militan di negara bergolak.

Malah suspek juga difahamkan memim­pin salah sebuah kumpulan pengganas di Syria dan Iraq sebelum melarikan diri ke beberapa buah negara termasuk Malaysia.

Penangkapan suspek oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman merupakan satu kejayaan memerangi kegiatan keganasan di rantau ini.

Dia pernah memasuki beberapa negara di Asia Barat, uta­ra Afrika dan sebuah lagi negara di Asia Tenggara sebelum me­nyusup masuk ke Malaysia pada perte­ngahan Januari lalu.

Suspek telah ditangkap di bawah Akta Imigresen 1959/63 ke­rana disyaki menggunakan pasport palsu dan semalam, dia telah diusir balik ke negara asal dalam satu operasi khas.

CUBA TEKA Sebenarnya yang KURANG dlm Video ini ? 


Loading...

Related

pengganas 3140925128822475810

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item