satusabah

RANAU : MALANG BUAT PEKERJA SAPU DIBELASAH, SAMUN

Nasib malang menimpa seorang pekerja Majlis Daerah Ranau yang sedang membersihkan kawasan blok kedai baru-baru ini apabila di belasah da...

Berita sabah
Nasib malang menimpa seorang pekerja Majlis Daerah Ranau yang sedang membersihkan kawasan blok kedai baru-baru ini apabila di belasah dan disamun oleh individu yang tidak dikenali.

Mangsa yang dikenali sebagai Azri Saidin, 25 dari Kampung Bahab Libang Ranau, dikatakan sedang menyapu sampah di bahagian belakang sebuah blok kedai di pekan Ranau.

Kejadian malang itu berlaku kira-kira jam 5.00 pagi hari Rabu.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah yang mengesahkan perkara itu kepada media memberitahu bahawa mangsa yang bersendirian pada ketika itu tiba-tiba diserang dari belakang oleh individu yang tidak dikenali menggunakan bata.

“Dari siasatan awal menunjukkan bahawa mangsa diserang menggunakan bata. Penyamun itu menghentakkan bata pada bahagian belakang kepala mangsa menyebabkan mangsa pengsan buat seketika.

” Apabila mangsa terjaga dari pengsan, dia menyedari dompetnya yang berisi wang tunai RM520 serta dokumen MyKad dan lesen memandu telah hilang dari poket seluarnya.

“Mangsa seterusnya beredar dari kawasan itu dan menemui kereta polis peronda yang kemudian membawanya ke Hospital Ranau untuk rawatan kecemasan dan ke IPD Ranau untuk membuat laporan,” jelas beliau.

Farhan berkata, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.


Sementara itu, Pegawai Daerah yanh juga Pengerusi Majlis Daerah Ranau,Haji Faimin Kamin yang dimaklumkan mengenai hal itu telah membuat kunjungan ke rumah mangsa bersama para pegawai kanannya dan menyampaikan sumbangan ehsan kepada mangsa.
*PERKONGSIANTEKNIK MEMASAK LELAKI MALAS [Misti Tingu]


Loading...

Related

Sabah 6781567758331174381

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item