satusabah

SEMASA : Lelaki Dibelasah Polis DIPAKSA Mengaku Bersalah

Seorang pemandu kren mendakwa dibelasah dengan kejam oleh polis sehingga dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di ...



Seorang pemandu kren mendakwa dibelasah dengan kejam oleh polis sehingga dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di sini ketika berada dalam keadaan koma kerana kecederaan buah pinggang dan bahagian sulit.

Pengadu yang dikenali Jolaihie Buang, 29, berasal dari Kanowit berkata dia dipaksa oleh polis untuk mengaku bersalah atas kes penipuan cek.

Kini Jolaihie mengambil khidmat seorang peguam, Yap Hoi Liong untuk memfailkan saman terhadap Ketua Polis Daerah, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Mengimbau kembali tentang kes tersebut, Jolahie ditemani isterinya pergi ke Balai Polis Sungai Merah pada 31 Disember tahun lalu berkaitan kes penipuan.

“Saya ditumbuk di bahagian perut dengan kuat sebanyak dua kali ketika berada bersama empat pegawai polis di bilik detektif, selain dilempar dengan kasut wanita oleh salah seorang daripada mereka di hadapan isteri saya.

“Selepas diseksa, saya dihantar ke bilik lokap di Balai Polis Sentral bersama dua orang suspek lain bernama Azizi dan Alias,” katanya mengenang kembali insiden itu.

Dua hari kemudian, ketiga-tiga mereka dihantar kembali ke Balai Polis Sungai Merah dan mereka dipaksa meletakkan tangan kanan pada telinga kiri dan tangan kiri di telinga kanan dan dipaksa melakukan ketuk ketampi sebanyak 100 kali tanpa henti.

Menurut Jolaihie, dia ditendang oleh seorang pegawai polis sehingga hampir pengsan kerana gagal melakukan ketuk ketampi secara berterusan.

Katanya mereka dibelasah lebih teruk jika gagal melakukan ketuk ketampi sehingga 100 kali berterusan.

“Semasa Alias sedang disiasat, Azizi diarah menampar saya sebanyak tiga kali sekuat mungkin dan selepas itu saya pula diarah menampar Azizi.

“Keesokan harinya, rambut saya ditarik dengan kuat oleh seorang detektif semasa sesi soal siasat disambung semula,” kata Jolaihie.

Bimbang dia diseksa lebih teruk, akhirnya dia terpaksa mengalah untuk menandatangi borang penyiasatan mengaku terlibat dalam kes penipuan berkenaan ketika mengalami kecederaan teruk.

Pada 3 Januari lalu, tempoh reman mereka dilanjutkan oleh mahkamah.

Pada hari berikutnya, dia telah dijamin oleh ayahnya dan dibenarkan keluar.

Bagaimanapun, Jolaihie dimasukkan ke wad hospital di sini sehingga dipindahkan ke ICU pada 13 hingga 20 Januari ketika berada dalam keadaan koma kerana mengalami kecederaan buah pinggang dan alat sulit yang membengkak sehingga mengeluarkan darah ketika membuang air kecil.

“Saya belum pulih daripada kecederaan dan terpaksa menjalani pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa,” katanya.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Mohd Kamal Kordi ketika dihubungi berkata mereka menerima laporan yang dibuat oleh pengadu dan isterinya.

“Kami memulakan siasatan kes itu semasa dia masih di hospital sejak pertama kali isterinya membuat laporan.

“Kami tidak akan melindungi sesiapa dalam kes ini,” katanya.

VIDEO VIRAL DI SELURUH DUNIA.. APA YANG MENARIK VIDEO INI ?


Loading...

Related

Sarawak 8152271221927474868

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item