satusabah

SEMASA : Maut Ditikam Akibat Cemburu

Gara-gara cemburu, seorang peniaga nyaris maut akibat ditikam di dada dalam kejadian yang berlaku  kira-kira jam 3.20 petang, mangsa dik...

PORTAL BERITA SATU SABAH
Gara-gara cemburu, seorang peniaga nyaris maut akibat ditikam di dada dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.20 petang, mangsa dikenali sebagai Faizal, 39, menunggang motosikal bersama teman wanitanya dikenali sebagai Rohana, 38. di Jalan Haji Hussein, Chow Kit, di sini, petang semalam.

Sebelum kejadian, Mereka tiba-tiba dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dikatakan mengekori sejak dari bangunan Baitulmal terletak berhampiran lokasi kejadian.

Setelah merempuh motosikal berkenaan, lelaki itu keluar dari kenderaan dan terus menikam dada mangsa, sebelum melarikan diri.

Sementara itu, seorang wanita dipercayai isteri kepada lelaki terbabit yang berada di tempat duduk sebelah pemandu masih berada dalam kereta dan membuat bising, sambil mengeluarkan kata-kata yang tidak difahami.

Mangsa yang cedera ditikam menerima rawatan di hospital, manakala teman wanitanya hanya cedera ringan di bahagian tangan akibat rempuhan tersebut.

Rohana ketika ditemui berkata, lelaki yang menikam temannya itu tidak puas hati dengan mangsa yang bakal menikahinya tidak lama lagi.

“Sebelum ini dia pernah langgar anak saya kerana dendam. Sejak pagi tadi dia ikut kami berdua,” katanya.



Loading...

Related

Sifat Cemburu 1316669974343679374

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item