satusabah

SEMASA : Wanita Berjalan di KL berkeadaan Bogel Ditahan Polis

Polis menahan seorang wanita warga Indonesia, dipercayai kurang siuman, yang berjalan dalam keadaan bogel di ibu kota Jumaat lepas.  K...

Polis menahan seorang wanita warga Indonesia, dipercayai kurang siuman, yang berjalan dalam keadaan bogel di ibu kota Jumaat lepas. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata, wanita berusia lingkungan 20-an itu kemudian diserahkan kepada Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan mental.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari Jumaat lepas, wanita itu berjalan dari Masjid Negara ke Kampung Attap di sini sambil menanggalkan pakaiannya satu persatu.

Berita Sabah
LOGO SATU SABAH
"Kami mendapat maklumat berkenaan daripada polis trafik yang bertugas ketika kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Beliau berkata hasil siasatan ke atas wanita berkenaan, polis mendapatinya mengalami tekanan perasaan sehingga menyebabkan dia bertindak sedemikian.

Baru-baru ini sebuah video berdurasi 12 saat menjadi viral di laman sosial WhatsApp yang memaparkan seorang wanita bogel berjalan di tengah-tengah jalan raya di ibu kota.

VIDEO VIRAL DI SELURUH DUNIA.. APA YANG MENARIK VIDEO INI ?


Loading...

Related

Wanita 7221623656753522799

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item