satusabah

Sembilan Ditahan Edar Risalah Hasut di Tuaran

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah menahan sembilan individu yang dipercayai penghasut untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia di Tuaran...

Portal Berita Sabah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah menahan sembilan individu yang dipercayai penghasut untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia di Tuaran pada Ahad.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ketika ditahan kesemua mereka dipercayai sedang mengedarkan risalah terbabit kepada masyarakat di sekitar Tuaran.

“Syabas @PDRMsia Sabah tangkap 9 org di Tuaran tadi yang sedang edar risalah menghasut orang ramai untuk keluarkan Sabah dr Malaysia. WELLDONE Boys,” katanya dalam akaun Twitter beliau Ahad malam.

Khalid bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu apabila dihubungi Bernama.

Difahamkan, Pesuruhjaya Polis Sabah akan mengadakan sidang media berkaitan isu itu dalam masa terdekat.

– BERNAMA



Loading...

Related

tuaran 2574376485400577660

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item