satusabah

SSKM : Lima Anggota Ditahan Di Lahad Datu

Lima aktivis dipercayai mempunyai kaitan dengan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) di media sosial ditahan di sini pada Sabtu. Kel...

BERITA SABAH SSKM
Lima aktivis dipercayai mempunyai kaitan dengan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) di media sosial ditahan di sini pada Sabtu.

Kelima-lima mereka dua wanita dan tiga lelaki ditahan kira- kira jam 4 petang ketika mereka sedang mendapatkan tandatangan petisyen yang meminta hak negeri ini dikembalikan.

Menurut maklum balas dari media sosial, mereka dikenali sebagai Rosina Avellinus, Mary Regina, Mohd Rizuan, Wilson J Moduyin dan Milin Biok berumur antara 22 dan 40.

Bagaimanapun polis masih belum membuat kenyataan rasmi tentang penangkapan terbaharu ini berikutan tangkapan dibuat di Tuaran pada Sabtu lepas.

Sama ada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman atau Ketua Polis Lahad Datu ASP Hamzah Ahmad tidak dapat dihubungi untuk ulasan lanjut.

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, yang datang ke Balai Polis Lahad Datu pada jam 9 pagi dan beberapa orang pemipin parti itu kelmarin untuk menyediakan wakil guaman berkata, mereka menunggu majistret untuk datang ke balai polis kerana polis mahu mendapatkan tahanan reman terhadap mereka.

“Kelima-lima mereka ini ditahan semalaman. Kita menunggu arahan dari majistret pada petang ini,” katanya. Yong juga kelihatan bercakap dengan Rozita Yukon, ibu kepada salah seorang yang ditahan itu.

Sementara itu, sebilangan kecil penyokong memprotes penahanan itu dengan membawa bendera Sabah dan manila kad.

Pada Ahad lepas, sembilan orang ditahan ketika ingin mendapatkan tandatangan daripada orang ramai untuk petisyen mendapatkan sokongan Sabah keluar dari Malaysia di Tamu Mingguan di Tuaran kira-kira jam 10 pagi. 

Mereka berumur antara 24 dan 50, kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin polis RM2,000 pada sebelah petangnnya.

CUBA TEKA Sebenarnya yang KURANG dlm Video ini ? 


Loading...

Related

SSKM 4780852062991881349

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item