satusabah

TERKINI Pembunuhan Pelajar di Keningau : Wanita Warga Asing antara 3 Suspek Ditahan

Seorang wanita asing antara tiga suspek yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh pelajar kolej perempuan di bangunan Pejabat...

Berita Keningau Sabah
Seorang wanita asing antara tiga suspek yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh pelajar kolej perempuan di bangunan Pejabat Daerah Keningau pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Douglas Taong, wanita berusia 26 tahun itu memiliki pasport beralamat Kampung Biah Keningau dan  bekerja sebagai pembantu kedai fotostat di aras bawah bangunan Urusetia Daerah Keningau.

Sementara itu, dua lelaki yang turut ditahan masing-masing berumur 20 tahun dan 24 tahun beralamat Jalan Masak Keningau dan Kampung Masjid Keningau.

“Suspek  wanita dan seorang lelaki yang ditahan reman sehingga 3 Mac untuk siasatan manakala seorang lagi lelaki ditahan reman sehingga 4 Mac ini untuk siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Isnin lalu, mangsa, Sairah Fitri Tifanus, 20, dari Kampung Durok, Keningau yang juga pelajar Kolej Saito Petaling Jaya, Selangor ditemui mati di tandas wanita aras dua pejabat berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.

Mangsa disahkan mati dibunuh selepas bedah siasat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu mendapati dua kesan tikaman, satu di bahagian tulang selangka kanan dan tulang rusuk satu pada kedalaman tikaman kira-kira 12 dan lima sentimeter lebar.


Sementara itu kecederaan lain yang dikesan adalah kesan lebam di bahagian pipi, bibir, dagu dan telinga sebelah kiri, lengan dan paha kanan juga ada lebam, kemungkinan terhantuk objek tumpul. Terdapat juga kecederaan tusukan kecil di hadapan dada sebelah kanan kemungkinan di sebabkan hujung benda (objek) tajam.
PERKONGSIAN TEKNIK MEMASAK LELAKI MALAS?


Loading...

Related

Sabah 1671865412062590062

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item