satusabah

GEMPAR : Pesawat Turki Tergelincir Ketika Mendarat di Nepal

Sebuah pesawat Turkish Airlines yang membawa 224 penumpang terpaksa dikeluarkan selepas ia tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terb...

Berita Semasa Global
Sebuah pesawat Turkish Airlines yang membawa 224 penumpang terpaksa dikeluarkan selepas ia tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Kathmandu dan kemudiannya terbabas di kawasan berumput, hari ini.

Pegawai penerbangan berkata, tiada penumpang mengalami kecederaan walaupun seorang saksi memberitahu penumpang terlompat dari tempat duduk mereka ketika kabin dipenuhi asap selepas enjin pesawat berhenti.

Jurucakap penerbangan, Purna Prasad Chudal berkata, lapangan terbang berkenaan ditutup kecuali kepada helikopter manakala jarak penglihatan agak baik biarpun kabus melanda pada awal hari kejadian.

Chudal berkata, juruterbang melepasi landasan ketika percubaan mendarat kali pertama sebelum membuat percubaan kedua sehingga menyebabkan pesawat tergelincir dari permukaan landasan.

“Ketika pesawat semakin hampir untuk mendarat, ia terlepas landasan dan terbabas di kawasan berumput,” kata Pengurus Besar lapangan terbang, Birendra Prasad Shrestha.


“Kesemua 224 penumpang sudah dikeluarkan, tiada kecederaan dan semuanya selamat,” katanya. – AFP
HONGKONG LOKASI PILIHAN RAMAI 2015


Loading...

Related

Terbaru Kapal Terbang 2829654396708547772

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item