satusabah

KEMALANGAN JALAN TAWAU-KUNAK : Motorsikal Bertembung Myvi

Seorang Pengurus Syarikat Pengangkutan Persendirian maut selepas motosikal Kawasaki berkuasa tinggi yang ditunggangnya bertembung dengan...

Berita sabah kemalangan di Jalan Tawau-Kunak

Seorang Pengurus Syarikat Pengangkutan Persendirian maut selepas motosikal Kawasaki berkuasa tinggi yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta jenis Myvi di KM 56 Jalan Tawau-Kunak petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.45 petang mangsa yang berusia 39 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan pendarahan dalaman di kepala dan badan.

Manakala pemandu kereta Myvi yang berumur 37 tahun dan bersendirian ketika kejadian pula mendapat jahitan di bahagian kepala, pipi kanan dan bibir masih menerima rawatan di Hospital Kunak.

Ketua Polis Daerah, ACP Awang Besar Dullah yang mengesahkan kejadian tersebut berkata pihaknya mendapat makluman mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.10 petang.

Punca kemalangan katanya, dipercayai berlaku semasa pemandu kereta dari arah Kunak ke Tawau cuba memotong dan masuk ke laluan sebelah kanan sebelum bertembung dengan motosikal berkuasa tinggi yang datang dari arah Tawau menuju ke Sukau.

”Pertembungan kedua-dua kenderaan berlaku di sebelah kanan jalan raya utama menuju ke Kunak dan akibat kemalangan tersebut motosikal telah terseret dan jatuh ke dalam parit di sebelah kanan jalan manakala motokar Myvi terjatuh dalam parit sebelah kiri jalan menuju ke Tawau.

”Kerosakan yang dialami oleh kereta Myvi ialah tayar depan sebelah kanan telah tercabut dan bahagian tepi sebelah kanan mengalami kerosakan manakala motosikal pula mengalami kerosakan tayar bahagian depan tercabut dan bahagian depan motosikal remuk.

”Pemandu motosikal meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat telah dibawa ke Hospital Besar Tawau, pemandu motokar pula telah dihantar ke Hospital Kunak untuk rawatan serta ditahan untuk pemerhatian,” katanya.

Kes katanya disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1957 dan meminta saksi yang melihat kejadian tersebut boleh berhubung dengan pihak polis untuk membantu siasatan.

Awang dalam pada itu turut menasihatkan para pemandu agar memandu kenderaan dengan berhemah dan memastikan keadaan keselamatan diri dan pengguna lain berada dalam keadaan baik sebelum memotong.

HONGKONG LOKASI PILIHAN RAMAI 2015


Loading...

Related

Sabah 1302993438801379077

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item