satusabah

Kematian 3 Warga Asing : ESSCOM Nafi Sembur Gas Bawah Pasar Lahad Datu

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), menafikan dakwaan di media sosial kononnya anggotanya telah menyembur gas di bahagi...

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), menafikan dakwaan di media sosial kononnya anggotanya telah menyembur gas di bahagian bawah pasar Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian tiga remaja lelaki yang dipercayai pendatang tanpa izin (PATI), dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi Jumaat.

Pengarah Bahagian Keurusetiaan ESSCOM, Newmond Tibin (gambar), berkata sebaliknya ketiga-tiga mangsa terbabit dipercayai lemas ketika cuba melarikan diri semasa operasi bersepadu biasa dilaksanakan di kawasan pasar itu.

Berita sabah esscom
Menurutnya, operasi biasa yang diterajui ESSCOM itu dimulakan pada pukul 8 pagi dengan tumpuan kawasan pasar awam dan pasar ikan Lahad Datu yang bertujuan membanteras peniaga haram dan PATI.

”Ekoran daripada itu ramai yang melarikan diri atau “lari bertempiran” dan tiga lelaki itu dipercayai bersembunyi di bawah pasar tersebut.

“Pada kira-kira 10.30 pagi, anggota operasi yang berada di lokasi menghubungi ambulan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memberi bantuan kepada mereka.

”Tiga mangsa yang lemas itu kemudiannya dihantar ke hospital Lahad Datu, dan pada kira-kira pukul 12 tengahari, pihak ESSCOM telah dimaklumkan tiga lelaki tersebut meninggal dunia akibat lemas kerana cuba melarikan diri semasa operasi bersepadu dijalankan di kawasan pasar ikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, lewat malam kelmarin.

Newmond berkata, mangsa itu dikenali sebagai Nordin Bin Akang, 16, Lahudin Bin Nasir, 17, dan abangnya Alex Bin Nasir, 18, dan kesemua mereka tinggal di Kampung Bakau, Lahad Datu.


Beliau berkata operasi bersepadu harian memburu PATI itu dilancarkan sejak awal Januari lepas dalam usaha membersihkan bandar Lahad Datu daripada PATI. 

SESUAI UNTUK ORANG DEWASA


Loading...

Related

pendatang tanpa izin 1762718586257885600

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item