satusabah

Kereta Peronda Polis Dirempuh, Tiga anggota Terselamat

Tiga anggota dari Unit Kereta Peronda Polis (MPV) terselamat daripada mengalami sebarang kecederaan selepas kereta yang dinaiki oleh me...

Berita Sarawak
Tiga anggota dari Unit Kereta Peronda Polis (MPV) terselamat daripada mengalami sebarang kecederaan selepas kereta yang dinaiki oleh mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Datuk Stephen Yong di sini, semalam.

Menurut sumber, tiga anggota terbabit semasa kejadian baharu selesai membuat pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Perodua Kenari yang terdahulunya terlibat dalam kemalangan jalan raya sekitar jam 2 pagi.

Semasa mereka hendak memasuki kereta Proton Waja peronda tersebut, sebuah kereta jenis Toyota Wish yang dipandu laju seorang wanita tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang kereta Waja berkenaan.

“Mereka (anggota) berhenti di tempat kejadian kerana melihat seseorang sedang membuka sebuah kereta Kenari yang sebelum itu terlibat dengan kemalangan jalan raya.

“Bagaimanapun, selepas mengetahui bahawa orang terbabit ialah ahli keluarga kepada pemilik Kenari tersebut, mereka kemudian beredar dan ketika itulah sebuah Toyota Wish tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang kereta yang dinaiki anggota terbabit,” kata sumber.

Kesemua anggota terbabit dan pemandu Wish serta seorang penumpangnya dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Sementara dalam satu kejadian berasingan, seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas motosikal yang ditunggangi terbabas di Batu 16 Jalan Kuching-Serian, semalam.

Mangsa yang berusia 51 tahun semasa kejadian dikatakan dalam perjalanan menuju ke pusat bandar apabila motosikalnya dikatakan berlanggar dengan sebuah pikap sekitar jam 8 pagi.

“Mangsa tercampak kira-kira empat meter dari tempat kejadian dan dikhuatiri mengalami patah tulang kaki,” kata sumber.


Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh anggota paramedik Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk rawatan lanjut.
SESUAI UNTUK ORANG DEWASA



Loading...

Related

Sarawak 47763060844525528

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item