satusabah

KES DADAH : Lelaki Cina Dicekup Disyaki Miliki Dadah 50.50 gram

Kes Syabu Polis daerah Keningau menahan seorang lelaki Cina kerana disyaki memiliki dadah seberat kira kira 50. 50 gram dengan angg...

Berita Sabah Daerah Keningau
Kes Syabu
Polis daerah Keningau menahan seorang lelaki Cina kerana disyaki memiliki dadah seberat kira kira 50. 50 gram dengan anggaran harga pasaran bernilai RM8,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah No.37 Lorong 4 Taman Anika di sini lebih kurang jam 10.15 pagi pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintenden Polis ( DSP ) Douglas Nyeging Taong berkata, bertindak atas maklumat awam, sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Keningau telah membuat serbuan atas sebuah rumah berkenaan dan telah menahan seorang lelaki Cina yang berada dalam rumah tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan yang dilakukan di ruang tamu telah menjumpai satu peket plastik lutsinar sedarhana besar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu yang disimpan dalam kain warna ungu kelabu yang dibalut dengan tape warna coklat dan disimpan dalam satu kotak putih yang dibalut dengan tape warna coklat yang dijumpai di atas meja.

Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang hukuman Mandatori Gantung Sampai Mati jika sabit kesalahan.

SESUAI UNTUK ORANG DEWASA


Loading...

Related

Syabu 5704287941967241347

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item