satusabah

KOTA KINABALU : Kereta Putus Dua, Seorang Maut dua lagi Parah

Seorang lelaki maut manakala dua rakannya parah apabila kenderaan dinaiki mereka terputus dua selepas merempuh pokok di Jalan Pintas Ho...

Berita sabah kemalangan
Seorang lelaki maut manakala dua rakannya parah apabila kenderaan dinaiki mereka terputus dua selepas merempuh pokok di Jalan Pintas Hospital Queen Elizabeth (HQE) berhampiran Kampung Kampung Kopungit, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, penumpang hadapan, Mokthar Mustari, 20, yang tersepit di tempat duduk meninggal dunia di lokasi kejadian dan dua lagi termasuk pemandu parah dan dikejarkan ke HQE untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta dinaiki mangsa bersama dua rakannya itu dari arah bandar raya menuju Kepayan.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian kereta berkenaan hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan merempuh pokok menyebabkan kenderaan remuk teruk.

"Penumpang hadapan yang tersepit meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu terpelanting keluar dari kenderaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

SESUAI UNTUK ORANG DEWASA


Loading...

Related

Sabah 8683611985792367131

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item