satusabah

LAHAD DATU : Lelaki Warga Emas Rentung

Lelaki Warga Emas Rentung di Lahad Datu hari ini 5 MAC 2015 : Seorang lelaki warga emas rentung dalam kebakaran yang memusnahkan ruma...

Berita Sabah Lahad Datu
Lelaki Warga Emas Rentung di Lahad Datu hari ini
5 MAC 2015 : Seorang lelaki warga emas rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumahnya di Cenderawasih, dekat sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy Kamin berkata mangsa yang dikenali Bahrum Kama, 63, ditemui rentung di salah sebuah bilik rumah berkenaan dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.

“Sebuah jentera bomba bersama tiga anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.

Apabila sampai di lokasi kejadian rumah berkenaan telah musnah terbakar berikutan jarak balai bomba terdekat dan lokasi kejadian itu dianggarkan 100 kilometer,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Affendy berkata pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan anggaran kerugian.  — BERNAMA

HONGKONG LOKASI PILIHAN RAMAI 2015





Loading...

Related

Sabah 3785745452990039295

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item