satusabah

Lelaki Cuba Bantu Wanita Terlibat Kemalangan, Parah Dibelasah

Gara-gara cuba membantu seorang wanita yang terlibat dalam kemalangan jalan raya, seorang lelaki parah akibat dibelasah di Jalan Seti...

Berita Sabaj

Gara-gara cuba membantu seorang wanita yang terlibat dalam kemalangan jalan raya, seorang lelaki parah akibat dibelasah di Jalan Setia Raja di sini, petang kelmarin

Menurut sumber, mangsa yang berusia 25 tahun itu difahamkan prihatin terhadap seorang wanita yang terdahulu terlibat dalam kemalangan jalan raya dan cuba membantunya dalam insiden sekitar jam 6 petang itu.

Tindakan lelaki itu bagaimanapun mengundang padah apabila dia dibelasah sehingga menyebabkan kecederaan patah tulang bahu kiri dan luka di kepala.

Ekoran itu, dia kemudian dikejarkan ke sebuah hospital swasta berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Justeru Timbalan Ketua Polis Daerah Superintenden Entusa Imam yang mengesahkan kejadian tersebut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden tersebut tampil untuk membantu siasatan.

“Mangsa masih dirawat di hospital berkenaan dan usaha untuk mengesan suspek sedang giat dijalankan.


“Kita mohon orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
SESUAI UNTUK ORANG DEWASA



Loading...

Related

Sarawak 652156597463788970

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item