satusabah

MALANG : Seorang Pemuda Parah Dibelasah Orang Awam

Seorang pemuda cedera parah di kepala dan muka setelah dibelasah sekumpulan orang awam tengah malam kelmarin (Sabtu). Kejadian dipe...

Berita Sarawak
Seorang pemuda cedera parah di kepala dan muka setelah dibelasah sekumpulan orang awam tengah malam kelmarin (Sabtu).

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 12 tengah malam sebaik sahaja mangsa keluar dari sebuah pusat hiburan di Jalan Tukang Besi di sini.

Mangsa berusia lingkungan 20-an itu dikatakan mabuk sebelum tiba-tiba bertindak di luar kawalan apabila memukul sebuah kereta yang ditinggalkan di bahu jalan.

Sekumpulan orang awam menyaksikan perbuatannya itu menyangka dia cuba mencuri kenderaan.

Mereka kemudian datang menghampiri lelaki terbabit dan membelasahnya.

Pada masa yang sama,  beberapa orang awam lain kemudian menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mendapatkan bantuan.


Mangsa yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri kemudian dibawa ke Hospital Sibu dan polis tiba ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.
SESUAI UNTUK ORANG DEWASA


Loading...

Related

Sarawak 1969454535781875088

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item