satusabah

MISTERI Kehilangan Telur dan ayam Terjawab

Penduduk terbabit, Idak Banta, 45, berkata, sejak beberapa bulan lalu beberapa penduduk mendakwa ternakan ayam mereka kerap hilang dari...

Penduduk terbabit, Idak Banta, 45, berkata, sejak beberapa bulan lalu beberapa penduduk mendakwa ternakan ayam mereka kerap hilang dari sangkar pada waktu malam tanpa sebarang jejak.

Misteri kehilangan beberapa ekor ayam serta telur ayam milik penduduk Kampung Brayang di sini akhirnya terjawab pagi semalam berikutan tertangkapnya seekor ular sawa sebesar betis dan sepanjang tujuh kaki.

“Ada penduduk membuat kesimpulan bahawa kehilangan ayam itu disebabkan terdapat pencuri ayam di kawasan terbabit.

“Namun, persoalannya mengapa kehilangan itu kebanyakannya membabitkan anak dan telur ayam sahaja manakala ayam dewasa tidak hilang.

“Persoalan itu terjawab selepas penemuan seekor ular sawa bersaiz agak besar bersembunyi di bawah parit pembetung seorang penduduk,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Idak, ular tersebut ditemui seorang kanak-kanak yang cuba mengambil sebiji bola yang terjatuh ke dalam parit pembetung tempat ular itu bersembunyi.

“Sebaik sahaja terlihat kelibat ular melingkar di dalam parit, kanak-kanak terbabit bertindak pantas memberitahu penduduk.


“Kami mengambil masa lebih kurang 15 minit mengeluarkan ular tersebut,” kata Idak.
SESUAI UNTUK ORANG DEWASA


Loading...

Related

ular 1950886941979446436

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item