satusabah

OPERASI BERSEPADU KHAS DI DAERAH KUNAK - ESSCOM

Operasi Bersepadu Khas memburu pendatang tanpa izin (PATI) yang diterajui Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dilancar...

Berita Sabah esscom
Operasi Bersepadu Khas memburu pendatang tanpa izin (PATI) yang diterajui Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dilancarkan di daerah ini hari ini.

Pengarah Bahagian Tindakan Awam ESSCOM Wan Mohd Khalid Wan Kamal berkata operasi itu disertai 10 agensi penguatkuasa kerajaan negeri dan Persekutuan dengan misi utama membersihkan daerah Kunak daripada PATI.

Beliau berkata operasi itu tertumpu di kawasan Pangkalan berhampiran perkampungan air Kunak, kawasan pasar dan pusat bandar itu.

“Kita akan melaksanakan operasi bersepadu memburu PATI ini secara berterusan. Selain memburu PATI, kita juga mahu mengesan dan menangkap mereka yang melakukan pelbagai aktiviti menyalahi undang-undang negara seperti penjaja haram dan aktiviti penyeludupan barang bersubsidi ke negara jiran,” katanya selepas majlis taklimat operasi yang disampaikan Pegawai Medan ESSCOM DCP Md Safri Bin Man di ibu pejabat polis Kunak, dekat sini.

Turut hadir Ketua Komponen Pusat Operasi Brig Jen Dato’ Tuan Roslan Tuan Ismail, dan Ketua Polis Daerah Kunak Supt Ad Rashid Abdullah.

Sebelum ini, Wan Mohd Khalid berkata operasi yang sama telah dilancarkan di empat daerah termasuk Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan.

Beliau berkata langkah drastik itu adalah susulan daripada Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai PATI di Sabah (RCI) dan arahan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) supaya satu operasi besar-besaran bagi membanteras kehadiran PATI di negeri ini, khususnya di ESSZONE dilancarkan.


ESSZONE merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.
HONGKONG LOKASI PILIHAN RAMAI 2015


Loading...

Related

Sabah 978437626199950226

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item