satusabah

OPS BERSEPADU PATI : 10 Pendatang Asing Tanpa Izin Ditahan

Polis menahan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Operasi Bersepadu yang dilakukan di tiga lokasi sekitar daerah ini, awal pagi ...

Polis menahan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Operasi Bersepadu yang dilakukan di tiga lokasi sekitar daerah ini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata 10 PATI yang ditahan itu terdiri dari 32 warga Filipina yang diperiksa dalam operasi bermula 3 pagi di rumah setinggan dan rumah kongsi sekitar Likas dan Inanam.

"Empat individu lelaki yang ditahan turut didapati positif dadah dan kes mereka disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Chandra berkata operasi bersepadu berakhir 8.30 pagi tadi itu disertai empat pegawai dan 142 anggota daripada Pasukan Gerakan Am, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pertahanan Awam, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Imigresen, Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Beliau berkata usaha membanteras PATI di kawasan setinggan akan diteruskan dari semasa ke semasa menerusi Operasi Nyah Sabah, diikuti Operasi Perobohan yang akan dilaksanakan DBKK.


Bagaimanapun, DBKK akan mengenal pasti terlebih dahulu pemilik tanah persendirian di kawasan berkenaan sebelum operasi itu dilaksanakan, katanya.

SESUAI UNTUK ORANG DEWASA


Loading...

Related

polis diraja malaysia 2792183529997931316

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item