satusabah

Polis Sandakan Selesai 10 Kes Curi, Tipu babitkan Warga Emas

Polis berjaya menyelesaikan sepuluh kes curi dan tipu membabitkan mangsa warga emas, dengan tertangkapnya seorang wanita berusia 39 tah...

Berita Sandakan Sabah
Polis berjaya menyelesaikan sepuluh kes curi dan tipu membabitkan mangsa warga emas, dengan tertangkapnya seorang wanita berusia 39 tahun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata wanita terbabit ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Batu 4 dekat sini pada 1 Mac lepas.

Katanya beberapa barangan turut dirampas daripada wanita berkenaan termasuk barangan kemas bernilai RM8,000.

“Enam kes curi dan empat kes tipu dilaporkan berlaku antara 27 Jun 2013 hingga 22 Januari lepas di sekitar Bandar Sandakan, Bandar Ramai-Ramai, Jalan Leila, Batu Sapi, Bandar Kim Fung dan Bandar Indah,” katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Beliau berkata modus operandi wanita itu adalah menarik perhatian mangsa dengan berpura-pura mengenali mereka dan menghulurkan bantuan rawatan atau memberi hadiah.

Katanya wanita itu menggunakan banyak helah untuk memperdayakan mangsa antaranya meminta mangsa menanggalkan barangan kemas yang dipakai dan menyimpan dalam beg tangannya ketika mangsa hendak ke tandas.

Peluang itu digunakan oleh wanita itu untuk mengambil beg tangan mangsa dan menghilangkan diri, jika gagal melalaikan mangsa, wanita itu akan melakukan ragut dan melarikan diri, katanya.


Fadzil berkata wanita berkenaan yang sudah berkahwin tidak mempunyai rekod jenayah masih ditahan reman sebelum dihadapkan ke mahkamah.
SESUAI UNTUK ORANG DEWASA


Loading...

Related

Wanita 2231291040649273205

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item