satusabah

Risalah Hasutan : Empat Lelaki Didakwa

Empat lelaki tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tuduhan memiliki bahan penerbitan berupa risala...

Berita Sabah SSKM
Empat lelaki tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tuduhan memiliki bahan penerbitan berupa risalah yang kandungannya berbaur hasutan.

Azrie Situ, 24; Jemmy Liku Markus, 32; Erick Jack William, 28 dan Joseph Kolis, 29; didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tamu mingguan Pekan Tuaran, di daerah Tuaran, pada 9.50 pagi, 1 Feb lepas.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 4 (2) Akta Hasutan 1948 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 18 tahun atau didenda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Hakim Dean Wayne Dally membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin tempatan manakala pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 15 April depan tarikh pengurusan kes dan perbicaraan ditetapkan selama empat hari bermula 18 Mei.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Jamil Aripin berkata pihaknya akan memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan dalam kes itu.


Kesemua tertuduh diwakili peguam Arthur Chin. — BERNAMA
SESUAI UNTUK ORANG DEWASA


Loading...

Related

SSKM 7970331452631092965

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item