satusabah

Berita Sabah : Ragut Guru di Luyang, Remaja 17 Tahun Ditahan

Seorang remaja berumur 17 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dengan satu kes jenayah ragut ke atas seorang guru wanita yang be...

Portal berita Satu Sabah
Seorang remaja berumur 17 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dengan satu kes jenayah ragut ke atas seorang guru wanita yang berlaku di Jalan Damai Luyang pada 30 Mac lepas. 

Pegawai Penyiasat Inspektor Maidon Barnabus berkata, remaja itu ditahan beberapa jam selepas suspek melakukan jenayah tersebut bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas. Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam Ahad lepas itu, mangsa berumur 55 tahun  sedang berjalan kaki sebelum dihampiri oleh dua lelaki yang menunggang motorsikal. 

“Suspek bertindak meragut beg tangan mangsa yang mengandungi wang tunai RM150, dua telefon bimbit, kad ATM dan Mykad sebelum melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya di sini hari ini. 

Mangsa kemudian membuat laporan polis pada jam 12.12 tengah malam, 30 Mac di Balai Polis Luyang. Berdasarkan maklumat, kira-kira 4.30 pagi polis kemudian menyerbu sebuah rumah kongsi pekerja sebelum menahan seorang suspek lelaki tempatan. 

“Suspek yang bekerja sebagai buruh mengaku terlibat dengan kes ragut tersebut bersama-sama seorang lagi rakannya yang masih bebas,” katanya. Menurutnya, hasil ujian air kencing terhadap remaja itu turut mendapati positif dadah jenis syabu. 

“Siasatan awal mendapati suspek memiliki dua rekod kesalahan lampau iaitu Seksyen 12 (2) dan 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya lagi. Suspek kemudian direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. “Usaha sedang dijalankan untuk mengesan seorang lagi yang masih bebas,” tambah beliau.

Loading...

Related

slider 7034742144015440900

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item