satusabah

GEMPAR !! Pekerja jumpa 43 fosil telur dinosaur

BEIJING – Sekumpulan pekerja menemui 43 objek yang dipercayai fosil telur dinosaur ketika melakukan kerja-kerja pemasangan paip saluran k...

BEIJING – Sekumpulan pekerja menemui 43 objek yang dipercayai fosil telur dinosaur ketika melakukan kerja-kerja pemasangan paip saluran kumbahan di pusat bandar Heyuan baru-baru ini.

Menurut akhbar People Daily, ia merupakan penemuan pertama seumpama itu di bandar tersebut. Sebanyak 19 biji telur masih berada dalam keadaan baik.

Beberapa pakar dari Muzium Dinosaur Heyuan sedang menjalankan penyelidikan bagi menyiasat jenis dinosaur yang menghasilkan telur berukuran 10 hingga 12 sentimeter lebar itu.
SEBANYAK 19 daripada 43 fosil telur dinosaur ini berada dalam keadaan baik ketika ditemui di pusat bandar Heyuan baru-baru ini.

Ketua kurator muzium tersebut, Du Yanli berkata, fosil telur dinosaur banyak terdapat di bahagian bawah tanah di bandar ini, cuma jarang ditemui kerana terletak di lapisan batu pasir merah yang dalam.

“Namun, apabila kerja-kerja pemasangan paip saluran kumbahan dijalankan, ia berjaya ditemui,” kata Yanli sambil memberitahu, kerja-kerja pemasangan paip terpaksa dihentikan sehingga penyelidikan selesai dijalankan. Sejak 1996, sebanyak 17,000 serpihan fosil telur dinosaur telah ditemui di China. – Agensi


Loading...

Related

china 1969573236065736804

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item